ورتل القرأن ترتيلا
Beliau
menjawab bahwa yang dimaksud dengan kata tartil adalah tajwiidul huruuf
wa ma’rifatil wuquuf yang berarti membaca huruf-hurufnya dengan bagus
(sesuai dengan makhraj dan shifat) dan tahu tempat-tempat waqaf.
Selama
ini memang belum ditemukan musnad tentang perkataan beliau mengenai hal
di atas, dan kisah ini hanya terdapat dalam kitab tajwid. Akan tetapi
para ulama’ bersepakat bahwa yang dimaksud dengan tartil adalah
tajwiidul huruuf wa ma’rifatil wuquuf.
Pengertian tajwid
Untuk menghindari kesalahpahaman antara tajwid dan qiraat, maka perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksud dengan tajwid. Pendapat sebagaian ulama memberikan pengertian tajwid sedikit berbeda namun pada intinya sama. sebagaimana yang dikutip Hasanuddin. AF.
Untuk menghindari kesalahpahaman antara tajwid dan qiraat, maka perlu diketahui terlebih dahulu apa yang dimaksud dengan tajwid. Pendapat sebagaian ulama memberikan pengertian tajwid sedikit berbeda namun pada intinya sama. sebagaimana yang dikutip Hasanuddin. AF.
Secara
bahasa, tajwid berarti al-tahsin atau membaguskan. Sedangkan menurut
istilah yaitu, mengucapkan setiap huruf sesuai dengan makhrajnya menurut
sifat-sifat huruf yang mesti diucapkan, baik berdasarkan sifat asalnya
maupun berdasarkan sifat-sifatnya yang baru.
Sebagian ulama yang lain medefinisikan tajwid sebagai berikut:
“Tajwid ialah mengucapkan huruf(al-Quran) dengan tertib menurut yang semestinya, sesuai dengan makhraj serta bunyi asalnya, serta melembutkan bacaannya sesempurna mungkin tanpa belebihan ataupun dibuat-buat”.
“Tajwid ialah mengucapkan huruf(al-Quran) dengan tertib menurut yang semestinya, sesuai dengan makhraj serta bunyi asalnya, serta melembutkan bacaannya sesempurna mungkin tanpa belebihan ataupun dibuat-buat”.
Jika
dibincangkan kapan bermulanya ilmu Tajwid, maka kenyataan menunjukkan
bahwa ilmu ini telah bermula sejak dari al-Quran itu diturunkan kepada
Rasulullah SAW . Ini kerana Rasulullah SAW sendiri diperintah untuk
membaca al-Quran dengan tajwid dan tartil seperti yang disebut dalam
ayat 4, surah al-Muzammil:
وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلًا ……
“…..Bacalah
al-Quran itu dengan tartil(perlahan-lahan).” Kemudian baginda Saw
mengajar ayat-ayat tersebut kepada para sahabat dengan bacaan yang
tartil.
Sayyidina
Ali r.a apabila ditanya tentang apakah maksud bacaan al-Quran secara
tartil itu, maka beliau menjawab” adalah membaguskan sebutan atau
pelafalan bacaan pada setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul”.
Ini
menunjukkan bahwa pembacaan al-Quran bukanlah suatu ilmu hasil dari
Ijtihad (fatwa) para ulama’ yang diolah berdasarkan dalil-dalil dari
al-Quran dan Sunnah, tetapi pembacaan al-Quran adalah suatu yang Taufiqi
(diambil terus) melalui riwayat dari sumbernya yang asal yaitu sebutan
dan bacaan Rasulullah Saw.
Walau
bagaimanapun, apa yang dikira sebagai penulisan ilmu Tajwid yang paling
awal ialah apabila bermulanya kesedaran perlunya Mushaf Utsmaniah yang
ditulis oleh Sayyidina Utsman itu diletakkan titik-titik kemudiannya
baris-baris bagi setiap huruf dan perkataannya. Gerakan ini telah
diketuai oleh Abu Aswad Ad-Duali dan Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi,
apabila pada masa itu Khalifah umat Islam memikul tugas untuk berbuat
demikian ketika umat Islam mula melakukan-kesalaha dalam bacaan.
Ini karena
semasa Utsman menyiapkan Mushaf al-Quran dalam enam atau tujuh buah itu,
beliau telah membiarkannya tanpa titik-titik huruf dan baris-barisnya
kerana memberi keluasan kepada para sahabat dan tabi’in pada masa itu
untuk membacanya sebagaimana yang mereka telah ambil dari Rasulullah
s.a.w sesuai dengan Lahjah (dialek) bangsa Arab yang bermacam-macam.
Tetapi
setelah berkembang luasnya agama Islam ke seluruh tanah Arab serta
jatuhnya Roma dan Parsi ke tangan umat Islam pada tahun pertama dan
kedua Hijrah, bahasa Arab mulai bercampur dengan bahasa
penduduk-penduduk yang ditaklukkan umat Islam. Ini telah menyebabkan
berlakunya kesalahan yang banyak dalam penggunaan bahasa Arab dan begitu
juga pembacaan al-Quran.
Maka
al-Quran Mushaf Utsmaniah telah diusahakan untuk menghindari
kesalahan-kesalahan dalam membacanya dengan penambahan baris dan titik
pada huruf-hurufnya bagi Karangan ilmu Qiraat yang paling awal sepakat
apa yang diketahui oleh para penyelidik ialah apa yang telah dihimpun
oleh Abu ‘Ubaid Al-Qasim Ibnu Salam dalam kitabnya “Al-Qiraat” pada
kurun ke-3 Hijrah. Tetapi ada yang mengatakan apa yang telah disusun
oleh Abu ‘Umar Hafs Ad-Duri dalam ilmu Qiraat adalah lebih awal.
Pada kurun
ke-4 Hijrah pula, lahir Ibnu Mujahid Al-Baghdadi dengan karangannya
“Kitabus Sab’ah”, dimana beliau adalah orang yang mula-mula mengasingkan
qiraat kepada tujuh imam bersesuaian dengan tujuh perbedaan dan Mushaf
Utsmaniah yang berjumlah tujuh naskah kesemuanya pada masa itu karangan
ilmu Tajwid yang paling awal, barangkali tulisan Abu Mazahim Al-Haqani
dalam bentuk Qasidah (puisi) ilmu Tajwid pada akhir kurun ke-3 Hijrah
adalah yang terulung.
Selepas itu
lahirlah para ulama yang tampil memelihara kedua-dua ilmu ini dengan
karangan-karangan mereka dari masa ke masa seperti Abu ‘Amr Ad-Dani
dengan kitabnya At-Taysir, Imam Asy-Syatibi Tahani dengan kitabnya
“Hirzul Amani wa Wajhut Tahani” yang menjadi tonggak kepada
karangan-karangan tokoh-tokoh lain yang sezaman dan yang setelah mereka.
Tetapi yang jelas dari karangan-karangan mereka ialah ilmu Tajwid dan
ilmu Qiraat senantiasa bergandengan, ditulis dalam satu kitab tanpa
dipisahkan pembahasannya. Penulisan ini juga diajarkan kepada
murid-murid mereka.
Kemudian
lahir pula seorang tokoh yang amat penting dalam ilmu Tajwid dan Qiraat
yaitu Imam (ulama) yang lebih terkenal dengan nama Ibnul Jazari dengan
karangan beliau yang masyhur yaitu “An-Nasyr”, “Toyyibatun Nasyr” dan
“Ad-Durratul Mudhiyyah” yang mengatakan ilmu Qiraat adalah sepuluh
sebagai pelengkap bagi apa yang telah dinaytakan Imam Asy-Syatibi dalam
kitabnya “Hirzul Amani” sebagai Qiraat tujuh. Imam Al-Jazari juga telah
mengarang karangan yang berasingan bagi ilmu Tajwid dalam kitabnya
“At-Tamhid” dan puisi beliau yang lebih terkenal dengan nama “Matan
Al-Jazariah”. Imam Al-Jazari telah mewariskan karangan-karangannya yang
begitu banyak berserta bacaannya sekali yang kemudiannya telah menjadi
ikutan dan panduan bagi karangan-karangan ilmu Tajwid dan Qiraat serta
bacaan al-Quran hingga ke hari ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar