Minggu, 02 November 2014

Waktu Sunni taksub mazhab, waktu Syiah taksub marja’



Lumrah manusia, memang tidak akan sependapat dalam hal apa pun,dari sekecil-kecil hal sehinggalah ke sebesar-besar hal. Manusia tidak akan dapat bersatu dalam berpendapat, kerana mereka masing-masing mempunyai cara berfikir yang berbeza.
 
Manusia memang ditakdirkan bersikap berpuak-puak, dan dalam setiap puak tu pulak akan wujud lagi puak-puak mikro, dan inilah realiti kehidupan. Bagaimanapun, Allah swt melalui Rasulnya telah mengajarkan kepada kita bagaimana untuk kita dapat hidup bersama manusia lain yang tidak sependapat dengan kita. Saya rumuskan dalam satu perkataan, yakni, bersederhana.
 
Tidak mengapa kalau kita mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi jangan sesekali kita memaksakan pendapat kita terhadap manusia lain. Bersederhanalah dalam menyuarakan pendapat dan menerima pendapat.
 
Saya masih baru dalam mazhab ini, baru hampir 3 tahun, tetapi oleh kerana saya sangat taksub dengan mazhab ini, saya suka mengkaji sehingga ke akar umbi apa sahaja yang berkaitan dengan Syiah, tak kiralah bab pengikutnya ke, bab tenteranya, politiknya dan apa sahaja, saya sangat berminat untuk mengetahui. Dan oleh kerana banyak sangat yang saya teringin nak tahu, maka banyaklah benda baru yang saya jumpa, samada positif atau negatif.
 
Saya meyakini bahawa Syiah adalah jalan kebenaran dan kebahagian dunia akhirat. Sebagaimana kita telah ketahui, Syiah ialah satu lagi mikro puak dalam satu puak yang bernama Islam. Di dalam Syiah ni pulak masih ada lagi mikro puak sesama mereka, dan di zaman kita ini, puak-puak ini lebih terdiri antara 2 puak yang bertentangan pendapat, iaitu yang menyokong Revolusi Islam Sayyid Khomeini dan visi beliau tentang Wilayah al Faqih, serta pewaris beliau, yakni Sayyid Khamenei, manakala di satu puak lagi ialah mereka yang tidak besetuju dengan revolusi dan prinsipnya.
 
Masing masing dianggotai oleh ulamanya, ahli politik, para akademik dan orang-orang biasa dengan pemahaman dan motif mereka masing-masing. Mulai dari sini, saya akan referkan kedua puak ini sebagai pro WF(wali al faqih) dan anti WF.
Di pihak Pro WF, antara para ulamak yang menyokongnya adalah seperti Makarem Shirazi, Saafi Gulpaygani, Noori Hamadani dan ramai lagi, tidak perlu saya nyatakan kesemuanya, kerana ia bukan motif artikel ini. Mungkin ada di antara mereka yang tidak 100% sokong, tetapi mereka lebih berpihak dan meredhai institusi pasca revolusi ini. Kebanyakan manusia yang menerima doktrin proWF ini ialah para pelajar agama lepasan dari Qom, yang mana ramai dari mereka bersetuju dan menyokong penuh kepimpinan ulama Iran, seperti yang mana kita dapat lihat di Malaysia ini. Setahu saya, majoriti dari para pemuka Syiah di Malaysia, semuaya adalah mukallid Ayatollah al Uzma Sayyid Ali Khamenei(semoga Allah membantu beliau).
 
Di pihak anti WF pula, kita dapat melihat ramai juga marja’ e Taqlid yang menyerlah dalam puak ini. Antara yang paling prominent, dapat kita lihat ialah Ayatollah al Uzma Syeikh Wahid Khurasani dan Ayatollah al Uzma Sayyid Sadiq Shirazi serta ramai juga Marja’ dari hauzah Najaf al Asyraf.
 
Saya tak mahu pergi lebih jauh tentang hal ini. Saya menghormati semua mereka, dan saya telah dengar hujah dari kedua-dua belah pihak, masing-masing mempunyai hujah yang meyakinkan, maka selebihnya terpualanglah kepada kita untuk membuat keputusan, kepada siapa kita mahu bertaqlid.
 
Yang menjadi masalahnya ialah apabila adanya puak-puak taksub dari kedua belah pihak ini yang memburukkan keadaan. Saya teringat lagi ketika saya Sunni, ada golongan yang fanatik mazhab, yakni yang berpendapat mazhab dia sorang je yang betul, lalu menolak dan mengkafirkan mazhab yang lain.
 
Begitu jugaklah dengan golongan fanatik marja’ dalam Syiah ini. Sentiasa memburukkan keadaan yang sudah teruk. Perselisihan antara ulama sudah agak menyumbang kesan negatif kepada kesatuan Syiah, para pengikut taksub menambah dengan membawa perselisihan ini ke satu tahap yang baru.
 
Ada di kalangan mereka yang sampai ke tahap melaknat para ulama dari puak yang berbeza berserta dengan mukallid mereka sekali, ini selalu dilakukan oleh puak antiWF, yang menganggap Sayyid Khamenei sebagai sseorang diktator, hilang sifat adilnya dan tidak a’lam untuk posisi samada sebagai marja’ atau Wali Al Faqih. Golongan mereka ini sentiasa anti dengan apa sahaja yang berkaitan dengan perkara berikut:
  • Iran sebagai sebuah negara Islam
  • Status Khamenei sebagai marja
  • Segala fatwa yang dikeluarkan oleh beliau, walaupun fatwa itu diendorse oleh marja’ lain.
  • Para ulama lain yang menyokong beliau juga kan turut dilabel dengan bermacam-macam nama, contohnya Ayatollah Behjat Foumani dan Ayatollah Fadlullah
  • Segala sesuatu yang disokong oleh Iran juga akan turut menerima saham laknat mereka, antaranya Hizbullah dan Sayyid Nasrallah
  • Orang-orang yang menyokong konsep WF akan dilabel sebagai orang yang di brainwash dengan propaganda, dan para talabeh yang membawa konsep ini selalunya akan dicop sebagai balachi,agen atau anjing kerajaan Iran.
  • Dan banyak lagi.
Bagi pihak yang taksub kepada WF pulak, mereka ada karenah mereka yang tersendiri jugak. Antaranya:
  • Taksub kepada kerajaan Iran sehingga menyamakan apa sahaja polisi dan tindakan mereka sebagai sebahagian atau selari dengan ajaran Syiah Ahlulbait.
  • Sentiasa mempromote Ayatollah Khamenei sebagai Al Khurasani, yakni seorang yang akan menyerahkan panji hitam kepada Imam Al Mahdi(as). Saya tidak mengatakan ia tidak mungkin, tetapi lemas dan sesak nafas apabila ini dijadikan satu-satunya sandaran untuk memilih marja’, sedangkan masih terdapat kebarangkalian untuk salah.
  • Menentang perintah rahbar adalah seperti menentang perintah Imam Al Mahdi(as).
  • Menilai beliau sebagai pemimpin dunia Syiah, sedangkan bukan semua orang mengangkat beliau sebagai pemimpin.
  • Dan ada la lagi sikit karenah yang tidak sedap mata memandang.
Saya sangat-sangat pening dengan karenah mereka.  Syiah sudah pun menjadi minoriti dalam dunia Islam, dengan perpecahan ini, maka ia mengurangkan lagi kekuatan kita di hadapan musuh kita.
 
Kalian nak ikut marja’ mana pun ikut lah, tak ada siapa yang halang. Yang menjadi masalahnya apabila kalian membuatkan marja kalian sebagai objek pertandingan yang mana diorang sendiri tidak masuk pertandingan tu. Siapa lebih a’lam, siapa lebih pandai, siapa lebih layak, to the hell la dengan semua tu. Perbincangan berkaitan ini hanya membawa kepada perdebatan yang sia-sia.
 
Lagi satu, respek/hormat kepada pendapat saudara Syiah kita yang lain sangat-sangat membantu dalam pross kesatuan. Ya, katakan kalian memandang Sayyid Khamenei sebagai diktator, tetapi ingat, masih ramai lagi yang tak tahu beliau ini diktator(katakanlah) maka lebih baik suarakan pendapat dengan cara yang lembut, atau simpan sahaja pendapat itu, kerana masing-masing mempunyai hujah dan sebab atas sokongan yang mereka berikan itu.
 
Zuhur Imam makin hampir, tetapi hairan, makin dekat kezuhuran beliau, makin kerap kalian buat taik terhadap ummah ini.
 
Hanya sekadar luahan pendapat dan perasaan, mungkin benar mungkin salah. Wallahualam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar