Jumat, 10 Juli 2015

Pujian Rasulullah s.a.w terhadap Syiah dengan kejayaan di Akhirat




Perkataan Syi‘ah telah disebut di dalam hadis nabi s.a.w. Imam al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, ketika menjelaskan tentang surah Bayyinah (98:7) “Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itulah sebaik-baik makhluk”, maka dia mengutip (i) sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Wahai Ali, Anda dan Syi‘ah anda di hari Kiamat nanti di dalam redha dan meredhai” Dan (ii) sabdanya lagi: “Ini Ali dan Syi‘ahnya (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di hari Kiamat kelak” (al-Durr al-Manthur, vi hlm. 379).

(iii) Nabi s.a.w bersabda: Syafaatku kepada umatku bagi mereka yang mencintai Ahlu l-Baitku, dan merekalah Syiahku” (Tarikh Baghdad, ii,146). (iv). Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya anda dan Syiah anda akan datang kepada Allah dalam keadaan redha dan meredhai sementara musuh anda di dalam keadaan marah dan terbelenggu” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, ii, 449)

(v) Rasulullah s.a.w bersabda: Anda dan Syiah anda adalah janjiku dan janji kamu adalah di Haudhku” (al-Durr al-Manthur, vi, 379). (vi) Rasulullah s.a.w bersabda: Jadilah Ahlu Baiti (keluargaku) daripada kamu tempat kepala daripada jasad dan tempat dua mata daripada kepala, kepala tidak akan mendapat petunjuk melainkan dengan dua mata” (Is‘af al-Raghibin bi-Hamisy Nur al-Absar, 110, al-Fusul al-Muhimmah oleh Ibn al-Sibagh al-Maliki, 8).

(vii) Nabi s.a.w telah mengakui kewujudan Syiah pada masa hidupnya. (viii) Nabi s.a.w mempercayai Syiah Ali a.s dan memberi jaminan kejayaan di Akhirat kelak (ix) Ali a.s dan Syiahnya akan mendapat kejayaan di Akhirat. (x) Justeru tuduhan Wahabi bahawa Syiah berasal daripada Abdullah bin Saba’ itu tertolak. (xi) Syiah mempunyai musuh yang ramai selepas kewafatan nabi s.a.w sehingga ke masa kini. Khalifah Ali a.s juga tidak disukai oleh kebanyakan umat Islam, kerana kecintaan mereka kepada Abu Bakar dan Umar adalah melintasi batas al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w. Lantaran itu Syiah menghadapi penderitaan sepanjang abad dengan pengusiran, pembunuhan, deskriminasi, penjara dan lain-lain. Oleh itu jikalaulah Ali a.s tidak pernah menjadi Khalifah umat Islam, nescaya Syiah kurang tersohor dan dikenali.

(a) Rasulullah s.a.w bersabda tentang sifat Ali a.s: Wahai manusia, ujilah anak-anak kamu dengan mencintai Ali, kerana Ali tidak menyeru kepada kesesatan dan tidak menjauhi manusia dari petunjuk. Siapa yang mencintainya, maka dia adalah daripada kamu dan siapa yang membencinya, maka dia bukanlah daripada kamu” (Tarikh Dimasyq, ii, 225/730).

(b) Imam Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Abu Dhar, siapa yang mencintai kami Ahlu l-Bait, maka hendaklah dia mencintai Allah di atas nikmat yang pertama”. Dia bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah nikmat yang pertama itu? Baginda menjawab: “Kelahiran yang baik, sesungguhnya kami tidak dicintai melainkan oleh mereka yang mempunyai kelahiran yang baik-bukan anak zina” (Amali al-Tusi, 455/1018, al-Mahasin, i, 232).

(c) Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali! Siapa yang mencintaiku, maka dia mencintai anda dan mencintai para imam daripada anak-anak anda, maka hendaklah dia memuji Allah di atas kelahirannya yang baik kerana kami tidak dicintai melainkan oleh mereka yang baik kelahirannya (tabat wiladatu-hu) dan tidak akan membenci kami melainkan oleh mereka yang buruk kelahirannya-anak zina” (Amali al-Saduq, 384, Ma‘ani al-Akhbar, 161).

(d) Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: “Anda tidak akan dibenci di kalangan Arab melainkan oleh anak zina” (al-Manaqib oleh al-Khawarizmi, 323, Fara’id al-Samthin, i, 135).

(e)Imam Ali a.s berkata: “Aku tidak dicintai oleh orang kafir dan anak zina” (al-Manaqib oleh Ibn Syahri Asyub, ii, 267).

(f) Mahbub bin A Abi al-Zinad: Orang Ansar berkata: Sekiranya kami mahu mengetahui seseorang lelaki tanpa bapa (anak zina) adalah dengan kebenciannya kepada Ali bin Abi Talib” (Tarikh Dimasyq, ll, 224).

(g) Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang membenci Ali, maka dia membenciku. Siapa yang membenciku, maka dia membenci Allah. Tidak akan mencintai anda (Ali) melainkan oleh mukmin dan tidak akan membenci anda melainkan oleh kafir atau munafik” (Tarikh Dimasyq, ll, 188)

(h) Imam Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berjanji kepadaku: Aku tidak dicintai melainkan oleh mukmin dan aku tidak dibenci melainkan oleh munafik” (Sunnan al-Nasa’i, viii, 177, Musnad Ibn Hanbal, i, 204).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar