Senin, 14 Juli 2014

Zakat menurut Mazhab Ahlul Kisa



Hadis Pertama
حدثنا ٔابي رضي اهلل عنو قال حدثنا سعد بن عبد اهلل عن ٔاحمد بن محمد بن عيسى عن ٔاحمد بن محمد بن ٔابي ن البزنطي عن جميل قال سٔالت ٔابا عبد اهلل ع في كم الزكاة فقال في تسعة ٔاشياء وضعيا رسول اهلل ص و عفا عما سوى ذلك فقال الطيار ٕان عندنا حبا يقال لو األرز فقال لو ٔابو عبد اهلل ع و عندنا ٔايضا حب كثير فقال لو عميو شيء قال ٔا لم ٔاقل لك ٕان رسول اهلل ص عفا عما سوى ذلك منيا الذىب و الفضة و ثالثة من الحيوان اإلبل و الغنم و البقر و مما ٔانبتت األرض الحنطة و الشعير و الزبيب و التمر
Daripada Jamil berkata, aku mendengar Abu Abdillah(a) menerangkan tentang jumlah zakat. Ia diwajibkan ke atas 9 perkara. Rasulullah(s) telah memaafkan selain darinya.” Al Tayyar berkata: “Kami mempunyai banyak jenis bijirin, ia dikenali sebagai beras.” Abu Abdillah(as) berkata: “Kami juga mempunyai banyak jenis bijirin.” Maka al Tayyar bertanya: “Adakah zakat wajib ke atasnya?” Beliau(as) menjawab: “Bukankah sudah aku katakan Rasul(s) telah memaafkan selain darinya? Ianya adalah emas dan perak, tiga dari haiwan, unta,kambing dan lembu dan dari tumbuhan adalah gandum, barli, kurma dan kismis.”
Sumber: Al-Sadūq, al-Khiṣāl,  (Qum: Mu`assasah al-Nashr al-Islāmī, Edisi 2, 1403), Bab. 9, hal. 421, ḥadis # 19. Hadis ini sahih, semua sanadnya bersambung dan perawinya mazhab Imamiyah)
Hadis kedua
ِعَّدةٌ ِمن َٔاصحاِبَنا عن سيِل بِن ِزياٍد و ٔاَحمَد بِن محَّمٍد جِميعًا عِن ابِن محبوٍب عن عبِد المَِّو بِن ِسَناٍن َقاَل َقاَل َٔابو عبِد المَِّو ع لَّما ٔاُنِزلت ٓاية الَّزكاِة خذ ِمن ٔاَموالِِيم صدقة تطيِّرىم و تزِّكيِيم بِيا و ُٔانِزلت ِفي شيِر رمضان فَٔامر رسول المَِّو ص مناِديو  َ ف َ ن ا َ د ى ِ ف ي ا ل َّ ن ا ِس ٔا َ َّ ن ا ل م َّ َ و َ ف َ ر َض َ ع َ م ْ ي ُ ك ُ م ا ل َّ ز َ ك ا ة َ َ ك َ م ا َ ف َ ر َض َ ع َ م ْ ي ُ ك ُ م ا ل َّص َ ال ة َ َ ف َ ف َ ر َض ا ل م َّ ُ و َ ع َّ ز َ و َ ج َّ ل َ ع َ م ْ ي ِ ي ْ م ِ م َ ن ا ل َّ ذ َ ى ِ ب َ و ا ْ ل ِ ف َّض ِ ة َ  َفرضال َّصَدَقَةِمناِْإلِبِلواْلبَقِرواْلَغَنِموِمناْلِحْنَطِةوالَّشِعيِروالتَّمِروالَّزبِيِبَفَناَدىِفيِيمبَِذلَِكِفي َشيِررمضانوعَفا  َليُْم َعَّما سَوى َذل َك
Daripada Abdullah Bin Sinan berkata, Abu Abdillah(as) bersabda: “Apabila ayat al Zakah diturunkan “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka”(9:103), ia diturunkan di bulan Ramadhan, dan Rasul memerintahkan seorang muazzin untuk menyampaikan kepada manusia bahawa Allah telah memfardhukan zakat sebagaimana Dia telah memfardhukan solat. Maka Allah telah mewajibkan ke atas kalian dari(hasil) emas dan perak, unta,lembu dan kambing, serta gandum, barli, kurma dan kismis. Dan baginda telah memerintahkan mereka dalam bulan Ramadhan dan memaafkan selain daripadanya.”
Sumber: Al-Kulaynī, Al-Kāfī, edisi Alī Akbar al-Ghaffārī, Tehran: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, Edisi 3, 1388 H), Jilid. 3, hal. 497, hadis # 2.
Status: Al-Majlisī mengatakan bahawa hadis ini Ṣaḥīḥ. (Mir’āt al-`Uqūl, vol. 16, hal. 6). Al-Bahbūdī juga mengatakan hadis ini Ṣaḥīḥ (al-Bahbūdī, Ṣaḥīḥ al-Kāfī, vol. 2, hal. 6)

Hadis Ketiga
Dari Zurarah berkata, aku bertanya kepada Abu Jaafar(as) tentang zakat kekayaan, maka beliau bersabda: “Ia adalah wajib ke atas 9 perkara dan tidak ke atas selainnya. Ianya adalah emas, perak, gandum, barli, kurma, kismis, unta, lembu dan kambing dan adalah pengembalanya. Dan tiada kewajiban ke atas haiwan selain dari haiwan ini sehinggalah setahun berlalu setahun dari hari ia dibeli.”
Sumber: Al-Tūsī, Tahdhīb al-Aḥkām, Tehran: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, 4th Edition, 1407H, vol. 4, bab. 1, hal. 2, hadis # 2. Al-Majlisī mengatakan hadis ini Muwaththaq (Baca: al-Majlisī, Milādh al-Akhyār, (Qum: Maktabah Ayatollah al-Mar`ashī al-Najafī, 1406H, vol. 7, hal. 7)
Hadis Keempat
Dari Abu Basir dan al Hassan Bin Shihab dari Abu Abdullah(as) berkata: “Rasulullah telah mewajibkan zakat ke atas 9 perkara, iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma, kismis, unta, lembu dan kambing.”
Sumber: Al-Tūsī, Tahdhīb al-Aḥkām, vol. 4, bab. 1, hal. 3, hadis # 3. Al-Majlisī mengatakan hadis ini Muwaththaq (al-Majlisī, Milādh al-Akhyār, vol. 6, hal. 7)

 Khumus, iaitu bayaran 20% dari jumlah lebihan pendapatan dari sumber-sumber tertentu.

wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar